Monday, September 17, 2012

SANTAI MINDA : SYARAT NAK KAHWIN LAIN


Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari.

Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, 

"Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu"

.Pak Mat menjawab,

"Sebenarnya sebelum Maznah hendak hembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu. Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh."

Sunday, September 16, 2012

SANTAI MINDA : BANTAL DAN PERWATAKAN


1) Memeluk Bantal
Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera.Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.Kadang kala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal
Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal
Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki
Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dengan orang ramai, malah kaku dalam pergaulan. Inimenyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita-cita. Mereka tidak suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal
Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi.Kadang kala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Takde bantal
Kasihan betul... pergi kedai belilah satu!!!

Saturday, September 15, 2012

SANTAI MINDA : PERTUNJUKAN LAWAK


Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.

Oleh kerana merasa tidak puas hati, seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak-pelawak itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.

"Sungguh kelakar," jawab wanita itu singkat.

"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.

"Tidak..", jawab wanita itu.

"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuas hati.

"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? "

Friday, September 14, 2012

SANTAI MINDA : SAKSI KETIGA


Di sebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan (budak jaga lembu - bukan nama sebenar).

Kadi : Hassan...

Pengantin Lelaki : Saya ustaz... 

Kadi : Dengar baik-baik ya Hassan... ."Aku nikahkan akan dikau dengan si Polan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii"

Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnya si Polan binti si Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii"

Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)

Saksi Pertama : Sah

Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua)

Saksi Kedua : Sah

Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)

Saksi Ketiga : errrrr... .lontaran suara awak tidak jelas... saya tak dengar apa yg awak cakap... . pitching berterabur ke laut... keluar acuan terus, jiwa awak kosong... takde feel... . low note tak sampai, high note awak pulak... takde kawalan.. sepatutnyaa ditahan... kasi sustain... falseto lemah... improvisation R&B awak tak menjadi... burok benor bunyinyee... teknik ramify pun tak mantap... bunyi macam orang nak berak jerr... . satu jer yg saya suka... awak ade ciri-ciri seorang pesona bintang! awak boleh lebih berjaya sekiranya melakukan yg lebih baik!!!

Thursday, September 13, 2012

SANTAI MINDA : KATIL MAUT


Salah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital ternama kerap mengalami kejadian pelik..Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka Perkara ini sangat membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut...

Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... beberapa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur... Beberapa doctor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus..

Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba... ... Pintu bilik ICU itu terbuka... . Kemudian masuklah Makcik Bedah... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat..Masuk... mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut... soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan.. vacuum cleanernya...

Wednesday, September 12, 2012

SANTAI MINDA : "KUDA AWAK TELEFON"


Pada suatu hari yang tenang.. seorang suami sedang relaxs sambil duduk membaca suratkhabar..... tiba-tiba datang si isteri membawa tudung periuk....PANG!!....diketuknya atas kepala si suami.....si suami yang terpinga2.....bertanya.....

"Aper hal ngan awak nih....kenapa awak ketuk kepala saya??....siisteri pun menjawap...."nah! awak tengok nih....sambil menunjukkan secebis kertas yg tertulis nama....'Ong'....si isteri tentulah menyangka si suami mempunyai kekasih lain yg bernama Ong....dengan tenang si suami menjawab....

Ooo....itu nama kuda yang saya bertaruh semalam.....namanya Ong.....si isteri pun agak puas hati ngan penjelasan suaminya.. terus menyambung kerja di dapur.....

Selang seminggu berlalu ketika si suami sedang rehat2 membacasuratkhabar seperti selalu.... PANG!!!....kali ini dengan lebih kuat lagi!....si suami pun bertanya....aper hal pulak awak ketuk kepala saya kali nih???...dengan selamba.. si isteri menjawap...."kuda awak telefon!!".....

Tuesday, September 11, 2012

SANTAI MINDA : SEMUA MATI


Pagi itu pagi minggu.Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.

Tetapi saya tidak mahu.Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu yang letaknya 128 kilometer dari rumah.Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung.

Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya.Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara.Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.

Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah.Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah.Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih.

Lalu pemandu lori itu mati.Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging.

Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati.Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Monday, September 10, 2012

SANTAI MINDA : CINTA SI BUTA


Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran itu juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.

"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu. Tolong bawakan sudu kotor yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta tersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya kepada lelaki tersebut.

Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya pesan ikan pais dan sayur masak asam bang"

Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu.Menu itu memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut.

Beberapa hari kemudian lelaki buta tersebut datang lagi.Sekali lagi dia minta sudu bekas dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais dan sayur masak asam. 

Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan menu lainnya.Amin memberikannya kepada lelaki buta tersebut yang kemudian mencium sudu itu dan berkata,

"Bau sudu yang ini sedap juga, seperti habis diguna untuk makan ayam bakar dengan sayur ulam dan sambal belacan. "

Amin mengiyakan dan si lelaki buta memesan makanan tersebut. 

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian. Dia datang lebih awal ketika belum ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang boleh diberikan untuk dihidu.Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat nakal bodoh Amin muncul.

Dia menghampiri isterinya yang berperanan sebagai tukang masak didapur. 

Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati, garu ketiak kamu" 

"Apa-apalah abang ni ?" tanya Yati tak faham. 

"Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setelah memaksa. 

Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiaknya" dan menyerahkan kembali kepada Amin.Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu.

Lelaki buta melakukan seperti biasa dan berkata,........ "Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di sini..........boleh saya jumpa dia" 

Amin: ???????????

Sunday, September 9, 2012

SANTAI MINDA : MASA


Chot: "Chet, sekarang dah pukul brapa?"

Chet: "3:15 petang."

Chot: (Dengan mimik muka kehairanan) "Aku pelik lar, awat sumer orang nak menipu dengan aku ari nih?"

Chet: "Awat lak? Bila lak aku tipu hang?"

Chot: "Sepanjang ari aku dok tanya masa kat orang, dan sepanjang ari jugak la aku dapat jawapan yang berbeza. Tak dak sorang pun yang bagi jawapan yang sama..."

Saturday, September 8, 2012

SANTAI MINDA : ADUAN


Chot merempuh masuk ke satu perpustakaan awam dan meluru ke meja pendaftaran.

 "Saya nak buat aduan! Saya nak komplen!" jerkah Chot. "

Ada apa, encik?" tanya pustakawan bertugas. 

"Saya ada pinjam satu buku cerita dari sini minggu lepas dan ianya sungguh mendukacitakan!" kata Chot.

"Apa masalahnya?" tanya pustakawan itu lagi.

 "Banyak sangat watak dalam buku cerita tu dan saya tak paham langsung apa yang cuba buku tu kisahkan. Tak ada jalan cerita langsung!"

Pustakawan tersebut berkata, "Ahh... jadi, encik ni la yang ambil buku panduan telefon kami yang dah hilang dekat seminggu tu!"

Friday, September 7, 2012

SANTAI MINDA : KEMIK


Chot baru habis main bola sepak dan berjalan menuju ke kereta. Tiba di keretanya, Chot dapati ada kesan kemik di sebelah pintu pemandu keretanya seperti terkena bola sepak.

Keesokkan harinya, Chot membawa kereta itu ke wokshop. Mekanik di wokshop tu yang sememangnya tahu akan ke'bendul'an Chot, cuba nak mempermainkan Chot. Dia memberitahu, sekiranya Chot meniup melalui lubang ekzos keretanya itu... pintu yang kemik itu akan kembung kembali dan keretanya akan kelihatan seperti sediakala.

Maka, Chot pun pulang ke rumah dan mula meniup melalui lubang ekzos keretanya itu. Tiada apa-apa yang berlaku. Chot meniup dengan lebih kuat lagi namun tetap juga tiada apa-apa yang berlaku.

Teman serumahnya, Chet... keluar dan bertanya, "Apa hang buat tu?"

 Chot menjelaskan kepada Chet bagaimana mekanik di wokshop tadi telah mengarahkannya untuk meniup melalui ekzos kereta supaya kemikan di pintu keretanya akan kembung semula.

Chet menggeleng-gelengkan kepala, ketawa berdekah-dekah sambil berkata,

"HELLLLO!! Awat la hang ni mangkuk sangat? Hang kena tutup semua cermin tingkap kereta ni dulu!!!"

Thursday, September 6, 2012

SANTAI MINDA : AMBIL GAMBAR


Chot baru lepas tangkap gambar di kedai yang berhampiran dengan rumahnya. Sekarang, dia cuma perlu menaiki bas untuk ke Jabatan Imigresen supaya dia dapat membuat pasport baru untuk dirinya.

Setelah hampir sejam menunggu di perhentian bas, bas pun tiba.  Chot naik dan disebabkan bas itu penuh sesak, Chot mengambil keputusan untuk berdiri sahaja sambil tangannya memegang gambar yang baru diambilnya di kedai tadi.

Tiba-tiba, bas itu brek mengejut. Chot terlepas gambarnya itu lalu jatuh ke bawah tempat duduk penumpang. Chot tunduk dan mencari gambarnya itu tadi. Bila dia nampak gambar tadi berada di bawah tempat duduk seorang penumpang.

Chot berkata, "Kak... Boleh tolong angkat sikit kain yang akak pakai tu tak? Saya nak ambik gambar..."

Wednesday, September 5, 2012

SANTAI MINDA : BELAJAR MENGIRA


Seorang Guru Tadika bertanya kepada anak muridnya...
Guru : "Siapa didalam kelas ini yang mengenal nombor?"
Razif : "Saya Cikgu"
Guru : "Apa betul awak kenal nombor-nombor?"
Razif : "Ya Cikgu.. Saya telah belajar dengan ayah"
Guru : "Baiklah.. mari kita lihat...selepas 3.. berapa?"
Razif : "4"
Guru : "Bagus... Selepas 6?"
Razif : "7"
Guru : "Ya.. Bagus.. selepas 9?"
Razif : "10"

Guru : "Ya.. Bagus sekali... nampaknya ayahmu benar-benar mengambil berat tentang pelajaran kamu.. Okeylah.. Akhir sekali.. selepas sepuluh..berapa?"

Razif : "Jack, Queen, & King"

Tuesday, September 4, 2012

SANTAI MINDA : "BABAI MAK"


Suatu petang di sebuah 'supermarket'....Seorang lelaki muda tengah berjalan di bahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua yang tengah memandangnya dengan mata yang tak berkelip-kelip. Lelaki muda itu pun terasa pelik..dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandang dan mengekorinya.Last-last lelaki tu pun buat dek jer, sebab dia ingat dia yang perasan.

Lepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnye tetapi di pertengahan jalan perempuan tua tadi tuh cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya. "maafkan mak cik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa ngan pandangan mak cik tadi. Mak cik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas" Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia paham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya.

Timbul rasa kesian dihati lelaki itu."Oh, begitu ke ceritanya mak cik? maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"tanya lelaki muda itu. "Aaaa.... mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak tak keberatan" kata perempuan itu. "... bila mak cik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap 'babai...mak!!'? Terubat betul rindu mak cik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam tuh pada makcik".

"Oh boleh... takde masalah,"kata lelaki muda tu. Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arah lelaki muda itu. Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung "Babai…mak!!!!".

Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hatiyang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayarbarang-barangnya."Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh.

Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh. "Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana plak sampai seratus lebih ni?" Tanya lelaki itu. "Habis tu mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tu…..

"Haah???????!!!!"....