Friday, February 14, 2025

SANTAI MINDA: Kisah Pak Mat dan Kerusi Malang!

Pak Mat ni seorang pakcik kampung yang terkenal dengan sikap tenang dan bersahaja. Walaupun umurnya dah masuk 60-an, dia tetap aktif dan suka duduk di warung kopi sambil borak dengan kawan-kawan.

Satu hari, Pak Mat pergi ke kedai perabot sebab nak beli kerusi baru untuk rumah dia. Dia masuk kedai, tengok-tengok, dan terus jatuh hati dengan sebuah kerusi plastik merah yang nampak kukuh.

"Berapa harga kerusi ni, dik?" tanya Pak Mat.

"RM25 je, pakcik. Murah dan tahan lama!" jawab pekerja kedai.

Pak Mat pun beli tanpa banyak soal. Sampai je rumah, dia letak kerusi tu di ruang tamu dengan penuh bangga. "Ini baru padu!" katanya sambil duduk dengan penuh gaya.

TAPI...

KREKKKK!!

Dalam masa 3 saat, kerusi tu patah dua! Pak Mat tergolek ke belakang sambil terkangkang, dan lebih malang... dia terjatuh ke dalam bakul baju!

Orang kampung yang kebetulan lalu depan rumah terdengar bunyi dentuman kuat dan datang tengok. Apa yang mereka nampak?

Pak Mat terperangkap dalam bakul baju sambil tersangkut kaki di bahagian pemegang!

Lepas beberapa saat sunyi... satu kampung pecah gelak!

Pengajaran: Jangan beli kerusi murah tanpa test dulu. Pak Mat dah jadi mangsa pertama. Jangan jadi yang kedua!

Wednesday, November 7, 2012

SANTAI MINDA : "PERASAAN PAKCIK JE"


Salah sebuah sekolah menengah dari Kemaman membuat rombongan sambil belajar ke Putrajaya. Di dalam perjalanan tersebut berlakulah satu insiden apabila salah seorang dari murid-murid yang mengikuti rombongan itu terasa terlalu sakit perut hendak buang air besar. Mahu tidak mahu terpaksalah murid tadi memberitahu pemandu bas tersebut supaya berhenti agar dapat dia melepaskan hajatnya itu.

“Pak Cik boleh tolong berhenti tak kerana saya tak tahan nak buang air besar ni... “ pinta murid itu terketar-ketar sambil menggosok-gosok perutnya.

"Nak buang air besar.....? Hishhh!!! perasaan awak sahaja tu!!" sahut pemandu itu selamba. 

Sebenarnya pemandu tu malas nak berhenti dan memang sudah menjadi tabiat dia susah untuk bersimpati pada orang lain.

“Betul Pak Cik, saya memang betul-betul sakit perut ni” rayu murid itu.

"Tak ada apa-apanya, itu semua hanyalah perasaan awak sahaja, percayalah kata Pak Cik", balas pemandu itu tersengeh-sengeh lantas menepuk-nepuk bahu murid itu. 

"Tolonglah Pak Cik",rayu murid itu lagi.

"Beginilah..., awak duduklah belakang kerusi Pak Cik ni sebentar dan nanti awak tidak akan terasa lagi hendak buang air tu:, dengan muka yang berkerut-kerut terpaksalah murid itu menurut kata pemandu tadi.

Pemandu itu pun meneruskan perjalanan. Dalam lima minit kemudian pemandu tadi tiba-tiba terhidu sesuatu yang tidak menyenangkan. Makin lama semakin kuat baunya. 

Lantas pemandu tadi berpaling ke belakang dan bertanya murid tadi,

"Eh, awak berak ke? Busuknya" 

Murid itu pula dengan selamba menjawab,

"Hisshhh, Mana ada. Itu perasaan Pak Cik saja, saya tak bau apa-apa pun!!!"