Wednesday, November 7, 2012

SANTAI MINDA : "PERASAAN PAKCIK JE"


Salah sebuah sekolah menengah dari Kemaman membuat rombongan sambil belajar ke Putrajaya. Di dalam perjalanan tersebut berlakulah satu insiden apabila salah seorang dari murid-murid yang mengikuti rombongan itu terasa terlalu sakit perut hendak buang air besar. Mahu tidak mahu terpaksalah murid tadi memberitahu pemandu bas tersebut supaya berhenti agar dapat dia melepaskan hajatnya itu.

“Pak Cik boleh tolong berhenti tak kerana saya tak tahan nak buang air besar ni... “ pinta murid itu terketar-ketar sambil menggosok-gosok perutnya.

"Nak buang air besar.....? Hishhh!!! perasaan awak sahaja tu!!" sahut pemandu itu selamba. 

Sebenarnya pemandu tu malas nak berhenti dan memang sudah menjadi tabiat dia susah untuk bersimpati pada orang lain.

“Betul Pak Cik, saya memang betul-betul sakit perut ni” rayu murid itu.

"Tak ada apa-apanya, itu semua hanyalah perasaan awak sahaja, percayalah kata Pak Cik", balas pemandu itu tersengeh-sengeh lantas menepuk-nepuk bahu murid itu. 

"Tolonglah Pak Cik",rayu murid itu lagi.

"Beginilah..., awak duduklah belakang kerusi Pak Cik ni sebentar dan nanti awak tidak akan terasa lagi hendak buang air tu:, dengan muka yang berkerut-kerut terpaksalah murid itu menurut kata pemandu tadi.

Pemandu itu pun meneruskan perjalanan. Dalam lima minit kemudian pemandu tadi tiba-tiba terhidu sesuatu yang tidak menyenangkan. Makin lama semakin kuat baunya. 

Lantas pemandu tadi berpaling ke belakang dan bertanya murid tadi,

"Eh, awak berak ke? Busuknya" 

Murid itu pula dengan selamba menjawab,

"Hisshhh, Mana ada. Itu perasaan Pak Cik saja, saya tak bau apa-apa pun!!!"

Monday, September 17, 2012

SANTAI MINDA : SYARAT NAK KAHWIN LAIN


Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinya sebanyak tiga kali sehari.

Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, 

"Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu"

.Pak Mat menjawab,

"Sebenarnya sebelum Maznah hendak hembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu. Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh."