Monday, January 30, 2012

SANTAI MINDA BERGAMBAR : "BODOH MACAM LEMBU? FIKIR BALIK..."

Kepada yang selalu gunakan ayat bodoh macam lembu..mungkin akan terpaksa fikir semula selepas lihat gambar di bawah ni.Nampaknya lembu-lembu ni lebih cerdik dari sesetengah manusia.


Saturday, January 28, 2012

SANTAI MINDA : "HARTA TUJUH KETURUNAN"

Ada seorang Ibu sedang bercerita pada anaknya.

Ibu :”Dulu katanya keluarga kita adalah keluarga yang sangat kaya raya dan kekayaan harta keluarga kita cukup untuk 7 keturunan”.


Anak :”Tapi, kenapa keluarga kita sekarang miskin sangat bu?”


Ibu (tersipu malu) : ”Kerana kita ini keturunan yang ke 8″.

Tuesday, January 24, 2012

SANTAI MINDA : "FANTASI SEORANG PEMANDU TEKSI"

Seorang Nurse, Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan… Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan… Nurse itu bertanya…
“Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??”
Feddy tersenyum malu dan berkata…
” Sebenarnya… saya selalu berfantasi….maaf ya… saya sangat ingin mencium seorang Nurse…”
“Oh begitu!! tak der masalah… encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan ketenangan buat encik… tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single” kata Nurse…
Feddy gembira dan berkata…
“iya…iya, saya masih single”.

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi… Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit… kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.
Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata…
“Maafkan saya cik… saya merasa bersalah… sebenarnya saya sudah berkahwin”.
Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata…
“Sudahlah encik… tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan… Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse… saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam”

Sunday, January 22, 2012

SANTAI MINDA : "BAHAYA KAHWIN DENGAN PROGRAMMER"

Kawan Kawan, Sebelum anda memutuskan untuk berkahwin dengan seorang “programmer” anda perlu pikir dengan semasak-masaknya dulu sebelum anda menyesal dikemudian hari. Ini adalah contoh daripada seorang isteri yang mengadu pada mengenai hubungan dia dan si suami, seorang PROGRAMMER setiap hari.
Suami : (Setelah balik lewat dari pejabat) “Selamat malam sayang, sekarang saya logged in.”
Isteri : Abang ada beli tak barang yang saya pesan tadi?
Suami : Bad command or filename.
Isteri : Tapi kan ke saya dah call abang pagi tadi kat pejabat suruh abang beli!
Suami : Errorneous syntax. Abort?

isteri : Ish. Abang nih, takkan itu pon tak ingat? Hahaa….. Abang kata tadi dalam telefon nak beli tv? Mana dia?
Suami : Variable not found…
Isteri : Abang nih memang tak bole harap la. Bak kad kredit abang. Biar saya pergi belikan dan shopping barang dapur sekali.
Suami : Sharing Violation. Access denied…
Isteri : Abang ni tak sayang saya ke? abang lebih sayang komputer abang tu dari saya. Saya tak tahan la kalau macam ni selalu.
Suami : Too many parameters…
Isteri : Saya menyesal pilih abang sebagai suami saya. Harapkan muka je hensem.
Suami : Data type mismatch.
Isteri : Abang nih memang betul-betul tak berguna la.
Suami : It’s by Default.
Isteri : Macamana pula dengan gaji abang?
Suami : File in use … Try later.
Isteri : Kalau begitu, apa peranan saya disisi abang sebagai seorang isteri?
Suami : Unknown Virus. “

Saturday, January 21, 2012

SANTAI MINDA : "KITA"

Tersebutlah suatu kisah dimana si isteri telah meluahkan rasa tidak puas hatinya pada sang suami yang berbunyi lebih kurang begini…


Isteri : Apalah abang nie…asalkan kawan abang datang, abang mesti cakap rumah abang, kereta abang, TV abang, sofa abang…tak adil lah macam nie…asik asik abang aje…


Suami: La…abis ayang nak cakap macam mana…


Isteri : Abang cakap la…rumah kita…kereta kita…TV kita…sofa kita… bukankah semua harta benda nie hak milik kita bersama…


Suami: Ahhh..iya lah…iyalah…


Isteri: Hmm…abang dari tadi lagi terhegeh-hegeh cari apa?…


Suami: Haa…ada awak nampak…seluar dalam KITA…???


Isteri: %#@**^&%#@

Sunday, January 15, 2012

SANTAI MINDA : "3 KALI CURANG JE"

Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.


Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.


“Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?”


Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, “Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni”


“3 kali?” Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,”Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?”


Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, “Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank”


“Ya, abang ingat peristiwa tu” jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, “Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan..”


“Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak”, kata si suami, ” Kali ke 2 pulak?”


“Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?” si isteri menyambung cerita “Ya, abang ingat” jawab si suami. “Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doctor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun..”


“Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? “, kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, “Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi….”


Tan Sri pengsan kat situ jugak…

Saturday, January 14, 2012

SANTAI MINDA : "AKTA 15"

Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating…


Hamid : “Kita nak kemana nie?
Rosni : “Tak kisah la.. mana-mana pun boleh”
Hamid : “Apa kata kalau kita ke pantai..
Rosni : “Saya ok aje..”


Apabila sampai di pantai mereka berdua tidak keluar dari kereta.. mereka hanya berehat sambil berbual-bual didalam kereta.. Mulanya berbual biasa.. lama-kelamaan.. Hamid meletakkan tangannya di paha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah.. Beberapa minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas… Rosni masih tidak membantah… hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Rosni berkata dengan sopan.. “Abang Hamid… ingatlah pada Akta 15 dalam perlembagaan pekerja sosial” Setelah mendengarkan teguran Rosni itu.. Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan Akta 15 itu.. 


Hamid : “Maafkan saya”
Rosni  : “Tak apa”


Lalu mereka pulang… Di rumah.. Hamid terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya…


“Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja”

Wednesday, January 11, 2012

SANTAI MINDA : "LOGIK DAN MATEMATIK"

Ada dua orang gadis. Salah satu dari mereka cara berfikirnya Matematik (M) dan yang satu lagi cara berfikirnya menggunakan Logikal (L). Mereka berdua berjalan pulang melewati jalan yang gelap, dan jarak rumah mereka masih agak jauh. Setelah beberapa lama mereka berjalan…


M : Adakah kamu perasan ada seorang lelaki yang sedang berjalan mengikuti kita kira-kira sejak tigapuluh lapan setengah minit yang lalu? Saya khuatir dia bermaksud jahat.


L : Itu hal yang Logik. Dia ingin memperkosa kita.


M : Oh tidak, dengan kecepatan berjalan kita seperti ini, dalam waktu 15 minit dia akan berhasil menangkap kita. Apa yang harus kita lakukan.


L : Hanya ada 1 cara logik yg harus kita lakukan, iaitu berjalan lebih cepat.


M : Itu tidak banyak membantu, macam mana ni?


L : Tentu saja ia tidak membantu, Logiknya kalau kita berjalan lebih cepat dia juga akan mempercepatkan jalannya. 


M : Lalu, apa yang harus kita lakukan? Dengan kecepatan kita seperti ini  dia akan berhasil menangkap kita dalam waktu dua setengah minit.


L : Hanya ada satu langkah Logik yang harus kita lakukan.. Kamu ikut jalan yang ke kiri dan aku ikut jalan yang kekanan. sehingga dia tidak boleh mengikuti kita berdua dan hanya salah seorang yang diikuti olehnya.


Setelah kedua gadis itu berpisah.. Ternyata lelaki tadi mengikut langkah si gadis yang menggunakan logikal (L). Gadis matematik (M) tiba dirumah lebih dulu dan dia kuatir akan keselamatan sahabatnya.


Tidak berapa lama Gadis Logik (L) datang.


M : Oh terima kasih Tuhan.. Sahabat saya tiba dengan selamat, Eh bagaimana pengalamanmu diikut oleh lelaki tadi?


L : Setelah kita berpisah dia mengikuti aku.


M : Ya.. ya.. Tetapi apa yang terjadi kemudian dengan kamu?


L : Sesuai dengan logik saya langsung lari sekuat tenaga dan lelaki itupun lari sekuat tenaga.


M : Dan… dan..


L : Sesuai dengan logik dia berhasil mendekati saya ditempat yang gelap…


M : Lalu.. Apa yang kamu lakukan?


L : Hanya ada satu logik yang dapat saya lakukan, iaitu mengangkat kain saya.


M : Oh… Lalu apa yang dilakukan lelaki tadi?


L : Sesuai dengan logik… Dia menurunkan seluarnya…


M : Oh tidak… Lalu apa yang terjadi kemudian?


L : Logik bukan, kalau gadis yang mengangkat kainnya larinya lebih cepat dari pada lelaki yang berlari sambil melorotkan seluarnya… So akhirnya aku terlepas dari lelaki itu.

Tuesday, January 10, 2012

SANTAI MINDA : "ROBOT PENGESAN BOHONG"

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu…


Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.


“Kamu dari mana?” tanya Samad.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.


“Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
“Maaf ayah… saya baru habis memonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita Papadom ayah”.
*PLANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.


Mendengarkan itu marahlah Samad.
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.


*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…


Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”


*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam.

Monday, January 9, 2012

SANTAI MINDA : "KISAH AYAM PANGGANG"

Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor. Beberapa minit kemudian pesanannya sampaI. Tapi sedang dia menikmatinya makanannya, pelayan yang lain menghampirinya dan berkata,


“Maaf, Encik… Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada… Maaf ya Encik.”


Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,”Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya.”


Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak.


“Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau.


Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau.”


Razak terdiam beberapa minit. lalu perlahan-lahan dia mengangkat ayam panggang tersebut, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut.

Tuesday, January 3, 2012

SANTAI MINDA : "MUNTAH"

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.


“Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.


“Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.


“Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”


Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,”Boleh nek, tapi kenapa?”


Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”

Sunday, January 1, 2012

SANTAI MINDA : "CERITA PENGANTIN BARU"

Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks yang terlalu kerap.


“Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu,” saran doktor.


Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.


“Hari ini hari apa bang?” tanya si isteri.


“Sumaat” Jawab si suami.

SANTAI MINDA : "SUAMI YANG ADIL"

Sepasang suami isteri, iaitu Jenab dan Ramli sedang bergaduh mengenai keluarga mereka masing-masing. Jenab berkata, Abang memang tidak adil kerana tidak pernah menyukai orang-orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan denganku dan lebih menyayangi keluargamu.


Lalu dengan selamba Ramli menjawab, Salah tu …, buktinya aku lebih menyayangi ibu mertuamu daripada ibu mertuaku sendiri.

SANTAI MINDA : "PANDAINYA ISTERI ABANG"

Ramli baru pulang dari pejabatnya ketika isterinya Shima meminta maaf kepadanya..


Shima : Abang.. maaf ya, saya baru saja selesai sterika baju abang tetapi kerana terlalu panas.. lengannya hangus…


Ramli : Tak apalah… Shima masih ingatkan dalam almari, abang masih ada baju yang sama coraknya. Abang belum pernah memakainya kerana itu pemberian dari teman baik abang dari Australia dan abang sangat menyukainya.


Shima : Saya ingat bang.. nasib baik abang masih menyimpannya dan baju itulah yang saya gunting untuk menampal lengan baju yang hangus itu.