Saturday, June 30, 2012

SANTAI MINDA : MAKAN

cA: dari pagi tadi aku makan tak kenyang2 je?


cB: kau makan ape?


cA: makan angin...............................

Friday, June 29, 2012

SANTAI MINDA : SAMBUNG AYAT

Cikgu: Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'


Hasan: Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

Thursday, June 28, 2012

SANTAI MINDA : 3 SUDU

Doktor: Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.


Pesakit: Eh! tak boleh la doktor.


Doktor: Kenapa?


Pesakit: Rumah saya ada dua sudu jer.

Wednesday, June 27, 2012

SANTAI MINDA : BAPA

Man: Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.


Ali: Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.


Man: Wow! Bapa kau keja apa?


Ali: Tukang gunting rambut.

Tuesday, June 26, 2012

SANTAI MINDA : SANDWICH

Dua orang sahabat baik pergi ke sebuah kedai makanan segera untuk memesan minuman ringan. 


Setelah pesanan sampai, mereka masing-masing mengeluarkan roti sandwich dan mula untuk makan.


Pemilik kedai yang dari tadi asyik memerhatikan tingkah laku mereka terus menuju ke arah mereka dan seraya berkata,


 "Maaf en, anda tidak dibenarkan memakan sandwich anda sendiri di sini!"


Maka kedua-dua orang sahabat itu saling berpandangan, sesama mereka mengangkat bahu dan mula bertukar sandwich masing-masing.

Monday, June 25, 2012

SANTAI MINDA : TAK LULUS EXAM

Pada suatu hari, ada seorang anak dimarahi bapanya kerana tak lulus exam.


Dalam report kad semuanya merah-merah belaka.


Jadi, bapanya membanding-bandingkan anaknya dengan anak jirannya yang cerdik dan pandai.


Bapa : "Kamu tak penah belajar ke? lihat anak jiran sebelah, report card dia tak ada pun merah-merah. dia anak yang cerdik....tak macam kamu, malas betul... " 


Kerana kesal dibandingkan. Si anak menjawab,


 "yelaaaa bapa... anak jiran sebelah kanbapanya cerdik...... bapa ?"

Sunday, June 24, 2012

SANTAI MINDA : "SAYA TAHU"



Jake sedang berbaring di tempat tidur kerana sakit hanya menunggu masa hilang nyawa. 


Isterinya, Susan berada di sampingnya. 


Susan memegang tangan yang lemah dan tangisan air mata keluar dari matanya.


 Ketika Susan berdoa, ia memandang isterinya dan bibir yang pucat mulai berkata secara perlahan,


 "Susan, isteriku," ia berbisik. 


"Suamiku, jangan berbicara, berehatlah."


"Susan, saya harus mengakui sesuatu," ia berkata dengan lemah.


"Tidak ada yang perlu di akui," jawab Susan dengan bersedih.


"Semuanya baik-baik saja, tidurlah," kata isterinya sambil menangis.


"Tidak saya ingin mati dengan damai. Susan, saya telah berlaku curang dengan kakakmu, teman baikmu, dan ibumu." 


"Saya tahu... ," jawabnya.


"Kerana itulah saya meracuni kamu.... "

Saturday, June 23, 2012

SANTAI MINDA : KOMPUTER HEBAT

Seorang eksekutif muda dengan penuh semangat bercerita pada temannya tentang kehebatan komputer yang baru dimilikinya. 


"Bayangkan ! komputer saya ini setiap hari mampu menyelesaikan setengah dari pekerjaan saya".


 "La ... kenapa kamutidak membeli dua komputer" sahut temannya.

Friday, June 22, 2012

SANTAI MINDA : LIF

Ketika saya baru masuk ke lif, seorang wanita masuk dan menekan butang 2 dan kemudian butang 4, manakala saya pula menekan butang 18 untuk ke tingkat 18.


Lif pun naik dan berhenti di tingkat 2, tapi wanita itu tak keluar.


Kemudian lif berhenti pula di tingkat 4, tapi wanita itu pun tak keluar juga dan lif pun mula naik.


Maka bertanyalah saya pada wanita itu,


 "Akak(sebab nampak cam tua dari saya) dah terlepas tingkat yang akak nak naik."


"Ooo.. saya nak ke tingkat 24", jawabnya selamba.


"tapi tadi akak tekan butang 2 dan 4" tanya saya lagi tak puas ati.


"La.. Inilah akibatnya kalau terlalu lama bekerja dengan kalkulator"sambil menggaru kepala.

Thursday, June 21, 2012

SANTAI MINDA : HELIKOPTER TERHEMPAS

Sebuah helikopter yang membawa seorang juruterbang berserta 2 orang kenamaan telah jatuh terhempas. 


Juruterbang itu terselamat tetapi 2 orang kenamaan itu mati.


 Apabila sedar dari koma, juruterbang itu telah disoalsiasat oleh pihak polis,


" Cuba awak ceritakan apa yang telah terjadi untuk memudahkan siasatan kami."


"Mmmmm... entahlah tapi pada ketinggian 30,000 meter tiba-tiba saya terasa sejuk sangat. Jadi saya telah matikan kipas Helikopter tu...."

Wednesday, June 20, 2012

SANTAI MINDA : TEMBIKAI MERAH

Seorang makcik nak beli tembikai merah, penjual menjamin tembikai yang dijualnya berwarna merah, tetapi bila tembikai tersebut berada di tangan makcik, tiba-tiba ianya terlepas, jatuh dan berwarna sedikit keputihan, takut di panggil penipu, si penjual pun berkata,


"Eh! Tadi merah, pasal jatuhla, dia takut terus jadi pucat dan putih."


Makcik tu pun baling tembikai tu kat muka si penjual tu.

Tuesday, June 19, 2012

SANTAI MINDA : SONDOL BELAKANG...

Dalam hujan lebat, malam gelap gulita, jalan tidak berapa nampak, aku cari jalan mudah follow kereta depan, tiba-tiba kereta itu emergency brake, aku sondol belakang keretanya.


Aku turun dalam hujan lebat dan marah pemandu itu kerana berhenti mengejut, tapi dia nampak kehairanan kerana aku marah dia dalam garaj kereta rumahnya.

Thursday, June 14, 2012

SANTAI MINDA : NAK MENANG


Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah aku pulak orang Bangladesh. Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara sendiri. 


Borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar. 


Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si orang Cuba tadi


 "Why you do that for?". 


Dengan selamba mat salleh tu menjawab 


"Don't worry, I got a lot american dollar in my country".


Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang, si Cuba ni pun tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang termahal didunia) lalu dinyalakannya. 


Belum sempat beberapa sedut, terus dia membuangnya keluar tingkap...


"Why you do that for" kata american tadi.


 "Don't worry, i got a lot cigar in my country".


Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir apa nak dibuat pulak. 


Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya lagi aku pun cakap lah...,


"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY"

Wednesday, June 13, 2012

SANTAI MINDA : ORANG ASLI DAN POLIS

Orang Asli Dan Polis


orang asli : selamat pagi tuan


polis : selamat pagi


polis : apa hal


orang asli : saya nak buat repot tuan


polis : fasal apa tu


orang asli : kawan saya di baham harimau


polis : pukul berapa


orang asli : dia tak pukul, terkam


polis : habis?


orang asli : tak habis, tinggal kepala
.

Tuesday, June 12, 2012

SANTAI MINDA : POS AJE

Seorang posmen yang datang menghantar surat .


” Assalamualaikum ”


” Walaikumsalam ”


” Ni rumah encik Sameon ye?


” Ya saya”


” Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni ”


” Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?”

Monday, June 11, 2012

SANTAI MINDA : GEAR

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawannya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawannya itu. 


Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawannya itu, 


Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.


Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.


Kawan Tok Batin : ????????

Sunday, June 10, 2012

SANTAI MINDA : TERSILAP KERETA

Citer ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. It happen at Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu how many glasses dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk. 


So masa on the way home she got blocked from the police officer and asked for her driving license and so on but unfortunately at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene.


So this ****** girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home in Klang. 


So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia,


 “AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?”


Pompuan ni pulak jawab, 


“TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER.


 So polis tu tanya lagi,


 “BETUL KER???”


Pompuan tu jawab, 


“BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN HOUSEMATE SAYA.”


So polis tu kata,


 “YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP”


Lepas tu polis tu tunjuk, 


“HA!!! ITU KETA SAPA TU??”


Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak
pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.

Saturday, June 9, 2012

SANTAI MINDA : TAK MUAT DAH

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. 


Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. 


Katanya, 


‘Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Friday, June 8, 2012

SANTAI MINDA : "PULANGKAN GAMBAR SAYA"

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.


Farid : Mengapa?


Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.


Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.


Siti : Erkkkkkk…….. Benci ………

Thursday, June 7, 2012

SANTAI MINDA : DERMA

Ada seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.


budak : derma ape bang?


lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?


budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.


lelaki : ?????

Wednesday, June 6, 2012

SANTAI MINDA : SAD ENDING

Suami : Kenapa Sayang menangis?


Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..


Suami : Buku apa?


Isteri : Buku bank abanglah..
.

Sunday, June 3, 2012

SANTAI MINDA : DILEMA SEORANG DOKTOR

Seorang lelaki yang kebetulan seorang doktor muda, merasa tidak selesa dengan apa yang telah berlaku.


Ia pulang ke rumah dengan wajah muram. Setibanya di rumah, ia merebahkan diri di katil dan fikirannya mula melayang.


Lalu ia mendengar suara dalam kepalanya berkata,


“Sudahlah, tidak usah difikirkan. Skandal doktor membuat hubungan intim dengan pesakit terjadi di mana-mana. Jadi kamu tidak perlu merasa bimbang.”


Doktor tersebut cuba untuk setuju, tapi apa yang telah terjadi pagi itu terbayang kembali dan perasaan tidak selesa muncul lagi.


Ia membalikkan badan dan mendengar lagi suara dalam kepalanya,


“Tak perlu bimbang,orang sudah mula biasa dengan skandal hubungan seksual antara doktor dan pesakitnya.”


Lelaki itu mulai tenang dan perasaannya beransur-ansur pulih…


Tiba-tiba suara lain dalam kepalanya berkata,


“Tapi masalahnya kamu kan doktor haiwan…”

Saturday, June 2, 2012

SANTAI MINDA : KAHWIN

Rahmat ialah saksi satu kes jenayah berat, kelihatan gementar dan gugup ketika diminta memberi keterangan oleh seorang peguam. Dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya, adakah anda sudah berkahwin?.


Sudah, Tuan. jawab Rahmat dengan suara yang tersekat-sekat.


Peguam : Sudah berapa kali, kamu berkahwin


Rizal : Sekali sahaja.,


Peguam : Dengan siapa kamu berkahwin?,


Rizal : Seorang perempuan, Tuan!


Kerana panas mendengar jawapan dari Rahmat, dengan marah, peguam berkata, Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan. Kamu pernah dengar ke ada orang yang kahwin dengan lelaki? ,


Rahmat : Ada tuan, adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki, tuan.

Friday, June 1, 2012

SANTAI MINDA : TEKNOLOGI

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.


Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.


Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.


Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.


(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)


Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..


Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!