Thursday, May 31, 2012

SANTAI MINDA : NAIK PANGKAT

Salim secara tiba-tiba dipanggil ke bilik Pengarah.


Pengarah: “Awak tahu kenapa saya panggil kamu ke sinii?”


Salim: “Tahu tuan, untuk kenaikan pangkat saya kan?”


Pengarah: “Kamu belum setahun di sini, masuk sini kamu jadi Dispatch, seminggu kemudian jadi Sales, sebulan kemudian kamu saya lantik jadi Sales Manager, dan setelah tiga bulan, kamu saya lantik jadi Wakil Pengarah. Bulan ini saya pencen kamu gantikan saya ya?”


Salim: “Terima kasih tuan….”


Pengarah: “Itu sahaja yang boleh kamu katakan?”


Salim: “Laaa.., Ayah kan dah janji kelmarin?”

Wednesday, May 30, 2012

SANTAI MINDA : SATU JAM PALING BAHAGIA

Sewaktu merayakan ulangtahun perkahwinan yang ke 15 tahun, seorang isteri mengingatkan suaminya.


Isteri: "Apakah kamu masih ingat sewaktu kamu melamarku, aku begitu terkesima sehingga aku tidak bisa berbicara selama 1 jam?"


Suami: "Ya, sayang, itu adalah 1 jam paling bahagia dalam hidupku..."

Tuesday, May 29, 2012

SANTAI MINDA : KISAH SERAM BUKIT PUTUS NEGERI SEMBILAN

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.


Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…


” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…


Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…


Dia pun beranikan diri dan bertanya…


”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”


“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”


Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje… ..

Monday, May 28, 2012

SANTAI MINDA : BANGKAI GAJAH

Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.


Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati.


Lelaki : Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.

Sunday, May 27, 2012

SANTAI MINDA : SEWA HOTEL MAHAL

Seorang pelancong singgah di sebuah hotel pada tengah malam. Pelancong itu meminta pekerja hotel memberikannya sebuah bilik katil single.


Tiba-tiba pelancong itu terlihat seorang gadis cantik dan seksi di lobi hotel. Dia meminta diri dari pekerja hotel untuk bertemu gadis tersebut. Setelah beberapa minit, pelancong itu datang bersama gadis cantik dan seksi dalam dakapannya.


"Saya sungguh gembira bertemu isteri saya di sini," katanya kepada pekerja hotel. "Saya nak bilik katil queen size".


Keesokannya, pelancong tersebut pergi ke kaunter untuk membayar sewa hotelnya. Dia sunnguh terkejut kerana sewa hotel itu sebanyak RM3000. Dengan perasaan marah dia berteriak. "Baru 1 malam aku di sini, kenapa terlalu mahal?".


"Betul, tuan baru 1 malam, tetapi isteri tuan sudah 7 malam menyewa di sini", kata pekerja hotel kepada pelancong. Dengan perasaan malu, pelancong itu membayar menggunakan kad kreditnya.

Saturday, May 26, 2012

SANTAI MINDA : PESANAN NASI GORENG AYAM

Pelanggan: "Tolong beri saya nasi goreng ayam."


Pelayan: "Dengan senang hati, sekejap lagi sampai"


Pelanggan: "Tidak, dengan teh ais saya nak minum."


Pelayan (dalam hati): "Cis !! Loyar buruk ke, tak paham apa yang aku bahasakan".



Friday, May 25, 2012

JOM SANTAI MINDA : BIBIK JAWAB TELEFON

Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…


Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)


Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)


Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)


Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,


Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)

Thursday, May 24, 2012

SANTAI MINDA : HARGA SEBENTUK CINCIN

Di kedai emas, ada seorang perempuan terkentut ketika menonggeng melihat cincin. Dia tersipu-sipu malu dan melihat sekeliling dan perasan ada promoter dekat belakangnya...


Promoter tu tanya la "Boleh saya bantu?"


Perempuan tu anggap promoter itu tak dengar la yang dia kentut jadi dia jawab "Berapa harga cincin ini?".


Promoter tu jawab, "Kalau tengok pun Puan boleh terkentut, saya pasti Puan akan terberak bila tau harganya".

Wednesday, May 23, 2012

SANTAI MINDA : IKLAN PELUANG PEKERJAAN

Di sebuah surat kabar terdapat iklan kerja kosong yang tertulis seperti berikut :

Peluang Pekerjaan:

- Anda lulusan Universiti / Kolej?

- Anda punya Kemahiran?

- Pernah mengikuti kursus komputer?

- Mahir berbahasa Ingeris?

- Tapi Masih menggangur?

CARI LA KERJA!!! KESIAN...

Tuesday, May 22, 2012

SANTAI MINDA : SAKSI YANG PASTI

Di sebuah mahkamah... peguam bela sedang mempertahankan anak guamnya yang dituduh membunuh dengan menanyakan soalan yang bertubi-tubi pada saksi yang juga seorang doktor...


"Saudara saksi, apakah sebelum memutuskan bahwa mangsa telah meninggal dunia, Saudara telah memeriksa denyut nadinya?"


"Tidak," jawab si doktor.


"Apakah Saudara memeriksa dengan cara lain, seperti denyut pada bagian lehernya, atau nafas pada hidungnya?"


"Saya tidak melakukannya! "


"Atau mungkin Anda telah melakukan sesuatu ujian tertentu.. untuk memastikan mangsa telah betul-betul meninggal dunia?"


"Sama sekali tidak!"


"Jadi, apa yang Anda lakukan terhadap mangsa sebelum Anda memutuskan bahwa ianya sudah meninggal dunia?"


"Saya hanya melihatnya saja!" Jawab doktor selamba..


"Hanya melihat saja?" Peguambela itu mula tersenyum tanda kemenangan.. .


"Jadi, Anda tidak melakukan apapun terhadap mangsa?.. tetapi hanya melihatnya saja, dan Anda berani mengatakan bahwa mangsa sudah meninggal dunia? Apakah tidak mungkin sebenarnya mangsa masih hidup, tetapi kerana kelalaian Anda, maka dia meninggal dunia?"


"sesiapapun yang melihat mangsa dalam keadaan kepala tercabut dari badannya dan hatinya telah dikeluarkan. ... pasti mengetahui keadaan mangsa ketika itu" Jawab si doktor.

Monday, May 21, 2012

SANTAI MINDA : KECEMASAN

Seorang pekerja lelaki bekerja di tingkat 13 menara KLCC.

Tiba-tiba seorang menjerit..

"Omar.. Omar.. isteri engkau telefon ada kecemasan..!"

Kerana panik, lelaki ini terus meloncat keluar melalui tingkap... dari tingkat 13 itu. Ketika dia menghampiri tingkat 9, baru dia teringat bahawa dia tidak tidak ada isteri..

Setelah dia menghampiri tingkat 5, baru dia tersedar yang dia belum berkahwin..

Dan ketika dia hampir menyentuh tanah.... barulah dia sedar yang namanya bukanlah Omar..

Sunday, May 20, 2012

SANTAI MINDA : BALIK AWAL

Suatu hari seorang ibu hairan apabila anaknya pulang awal dari sekolah tidak seperti biasa

Ibu : "Adli kenapa kamu pulang awal hari ini sedangkan jam baru pukul 10.00 pagi.."

Adli : "oo.. tadi Adli boleh jawab soalan cikgu adli dengan tepat.. lalu disuruh pulang..."

Ibu : "Oooo... bagus.. pandai anak ibu... apa soalan dari cikgu kamu itu?"

Adli : "Cikgu tanya... SIAPA YANG MEMBALING KASUT KE MUKA CIKGU ?"

Saturday, May 19, 2012

SANTAI MINDA : "KALAU AKU ADA EMAIL?"

Seorang wanita memohon jawatan tukang sapu di Microsoft. Pegawai disitu telah mengadakan temuduga dan meminta wanita itu menunjukkan caranya membersih lantai..

Lalu dia mengatakan,

"Anda diterima bekerja... berikan email anda, kami akan mengirim maklumat yang diperlukan."

Wanita itu menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga email. Penemuduga terus mengatakan bahawa tanpa email .. wanita itu tidak boleh diambil sebagai pekerja..

 Wanita itu menerima keputusan itu dengan rasa kecewa dan hanya memiliki USD 10. Lalu dia pergi ke Supermarket terdekat dan membeli 10 kg sayur... Lalu dijualnya sayur tersebut dari pintu ke pintu dan habis dalam masa 2 jam saja... Dia mendapat untung sekali ganda.. Lalu diulanginya kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya..

Setelah beberapa waktu.. dia mampu membeli Lamborghini dan mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa supermarket di US... Suatu hari.. dia terlintas untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya. .. Dipanggilnya penjual insuran datang kepejabatnya. ... Setelah bersetuju...

Penjual insuran berkata..

"Minta email Puan..."

 "Oh.. maaf saya tidak ada komputer dan email" jawab wanita itu

Penjual Insuran terkejut dan berkata

"Aneh.. Puan mempunyai perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan email. Bayangkan apa yang Puan boleh lakukan jika Puan memiliki komputer dan email."

Waita itu menjawab:

"Jadi tukang Sapu di Microsoft"

Friday, May 18, 2012

SANTAI MINDA : CUBA TEKA?

Firdaus : "Apa yang engkau bawa tu?"

Ahmad : "Ayam... Cuba teka.. berapa jumlahnya? Kalu tekaanmu tepat kesemua dua ekor ayam yang aku bawa ini akan aku kasi pada mu!"

Firdaus : "Emmmm.. tiga kot..?"

Thursday, May 17, 2012

SANTAI MINDA : PERKAHWINAN KERABAT

Khairul adalah murid darjah satu disebuah sekolah rendah.... Dia mempunyai seorang kawan perempuan disekolahnya yang bernama Tengku Nazira.. Tengku Nazira seorang yang sangat cantik dan menawan... walaupun masih kecil... Secara tidak disengajakan Khairul telah jatuh cinta pada Tengku Nazirah... Lalu dia meluahkan perasaannya kepada Tengku Nazirah..

"Naz... sebenarnya saya cinta padamu... tapi sayang kita masih terlalu kecil... bolehkan bila kita sudah dewasa nanti.. kita berkahwin... ?"

Dengan wajah yang malu... Tengku Nazira menjawab..

"Khairul.. bukannya saya tak sudi... Tapi dalam keluarga kami.. kami hanya berkahwin sesama kerabat sahaja..... Atuk berkahwin dengan nenek... Bapak sedara berkahwin dengan emak sedara.. dan bahkan papa berkahwin dengan mama.... sedangkan awak bukan kerabat saya"...

Khairul...." erkkk??"

Wednesday, May 16, 2012

SANTAI MINDA : DIET

Doktor menyuruh seorang lelaki yang sangat gemuk untuk melakukan diet.

Doktor berkata kepadanya...

"Anda mesti memakan sedikit roti panggang... sebiji buah-buahan dan segelas air kosong..."

Lelaki menjawab...

"Baik lah doktor... jadi... Itu semua harus saya makan sebelum atau sesudah makan, Doktor?"

Tuesday, May 15, 2012

SANTAI MINDA : NAMA

seorang murid yang baru berpindah sekolah ditanya oleh guru kelasnya


Guru : Kamu ni murid baru kan?


Murid : Ya.....cikgu!


Guru : Nama kamu siapa?


Murid : Mat.


Guru : Nama panjang kamu?


Murid : Matttttttttttttttttttttttttttttttt. cikgu!


Guru : Besok saya gelak!!

Monday, May 14, 2012

SANTAI MINDA : POS SURAT

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.  Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.


"atok buat apa tu?"


"atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawab atoknya


Cucu bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Sunday, May 13, 2012

SANTAI MINDA : SEPULUH SOALAN SAJA

sewaktu adiknya pulang dari sekolah,dengan segera abangnya bertanya.


Abang : sudah adik menduduki ujian mathematik?


Adik : sudah.


Abang : macam mana dengan soalan nya?


Adik : senang saja, macam kacang.


Abang : bagus! berapa soalan yang adik tak dapat menjawab?


Adik : tak ada.


Abang : bermakna adik dapat menjawab semua soalan dengan betul.


Adik : ya, ada sepuluh soalan yang adik jawab salah.


Abang : wah! pandai betullah kalau begitu,kalau setakat sepuluh sahaja yang 
salah,masih ada empat puluh lagi yang betul.


Adik : tapi soalan nya ada sepuluh saja

Saturday, May 12, 2012

SANTAI MINDA : MENYELAM

Suatu hari di tepi sungai ada 3 orang budak iaitu Samad, Gidol & Ucih main-main menyelam. Semasa sibuk bermain mereka pun bercerita tetang kehebatan abang-abang mereka menyelam.


Samad : Abang aku boleh menyelam selama 1 jam.


Ucih : Wah, ko tetap kalah dengan abang aku yang boleh menyelam selama 1 jam 5 minit.


Gidol :Cis bangga sangat korang. Abang aku lagi hebat dia dah menyelam 5 hari lalu sampai sekarang tak timbul-timbul lagi.

Friday, May 11, 2012

SANTAI MINDA : MAKAN RUMPUT

Pada suatu petang,sepasang suami isteri baru berkahwin...


pada petang itu,si isteri pun pesan kepada suaminya kerana kebetulan suaminya hendak ke surau...


"bang,saye nak ikan ni,belikan la kepala ikan 10kilo ye"


"Insya Allah, ok bye"jawab suaminya...


on the way tengah dalam kereta tu,die nampak seseorang itu sedang memakan rumput di padang sekolah lalu bergegas turun dan berkata


"assalamualaikum cik, apesal cik makan rumput ni???"  


"dah xde ape lagi yang saye mampu cik, duit xde nak beli makanan,makanan yang ade rumput je la" si miskin menjawab dengan sedih...  


dengan penuh rase kasihan si lelaki itu berkata "so poor,lets go to my rumah,at my rumah more food!!!"


dengan berasa pelik si miskin berkata "ape mende yang cik cakap tu?"


"xde ape2 lah,dah jom ke rumah aku..."


lelaki tu pon membawa si miskin itu ke dalam kereta...


dalam perjalanan ke rumah si miskin berkata "oh,sungguh baik hatimu..sampai sanggup memberiku makanan,oh...terima kasih"  


dengan selamba orang itu berkata "hehe,tak pe,kat rumah saye tu rumput die lagi panjang2"  

Thursday, May 10, 2012

SANTAI MINDA : LOGHAT MANA LEBIH MUNASABAH?

Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan loghat pantai timur?  


Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah.  


Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."   




Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".  


Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."  




KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah!   


Walau apapun, setiap negeri ada keistimewaan tersendiri.

Wednesday, May 9, 2012

SANTAI MINDA : ULAT GONGGOK

ada seorang budak sekolah darjah 5 ,memberi teka - teki kepada cikgu bahasa melayunya.


Pelajar: Cikgu pandai tak?  


cikgu : mestilah pandai, kalau tak, tak jadi cikgu...  


pelajar: emm kolo cikgu pandai, cikgu jawap teka-teki ni  


Cikgu : ha, ape dia?  


Pelajar : ulat gonggok berapa kaki?  


Cikgu : emmm Kolo mengikut kajian 100 kaki. betul?  


Pelajar : salah   


Cikgu : 99  


pelajar : salah!  


Cikgu : emm...da tu berapa kaki  


Pelajar : cikgu kan pandai, kalau tak mcm mana leh jadi cikgu...  


pelajar itu mengenakan cikgunya, lalu cikgunya terdiam.. dan akhirnya dia menyerah..


Cikgu : ok kalau semua salah, apa jawapannya.?  


Pelajar : jawapannya, tak sampai satu kaki pun, sebab ulat gonggok pendek je...hehehe

Tuesday, May 8, 2012

SANTAI MINDA : DISKO XYZ

Seorang lelaki dalam keadaan kelam kabut, masuk berjumpa seorang teman yang boleh dipercayai untuk meminta nasihat.


"Bini aku dah berlaku curang terhadapku. Setiap malam dia ke Disko XYZ untuk mencari jantan. Malah. dia akan meniduri mana-mana jantan yang mengajaknya. Arghhh!!! Dah naik gila aku. Apa yang patut aku lakukan?".


"Bertenang", kata si teman.


 "Tarik nafas dalam-dalam. Lepaskan perlahan-lahan. Sekarang, cuba kau beritahu aku pukul berapa bini kau biasa pergi kesana dan lokasi Disko XYZ itu." 

Monday, May 7, 2012

SANTAI MINDA : HUKUMAN MATI

Seorang warden penjara mencuba untuk menghiburkan tahanan penjara yang akan menjalani hukuman mati di atas kerusi elektrik, gilirannya akan tiba sebentar nanti..


”"Jangan takut..daya voltagenya sangat tinggi, lagi pun ia terjadi dalam waktu yang singkat sekali”"


Kebetulan pula dari kejauhan terdengar laungan kesakitan yang amat luar biasa kuatnya dan perpanjangan..


“"Saya pergi ke sana sebentar untuk melihat ya"” katanya.


Tak lama kemudian Warden tersebut kembali, dengan selamba ia berkata,


“"Tak ada masaalah yang berlaku, cuma masaalah teknikal saja, tadi itu rupanya elektrik terputus, maka digunakan LILIN sebagai gantinya, itu saja."

Sunday, May 6, 2012

SANTAI MINDA : KAKI DISCO

Seorang ibu muda sedang mengadu pada temannya, "Aku terpaksa minta cerai dari suamiku." 


"Kenapa..?" tanya temannya kehairanan. 


"Habis.., hampir setiap malam kerjanya keluar masuk disko." jawab si ibu muda. 


"OOOOhh, jadi suamimu itu kaki disko lah yer.. ?" tanya temannya lagi. 


"Bukan begitu..,sebenarnya dia ke sana mencari aku !" jawab si ibu muda.

Saturday, May 5, 2012

SANTAI MINDA : BERJAYA MENIPU DOKTOR

Di sebuah rumah sakit jiwa, seorang doktor sedang memerhatikan para pesakitnya. Seorang pesakit kelihatan sedang menyeret sesuatu seolah-olah sedang membawa anjing peliharaannya.


Doktor: Apa khabar anjing awak, bawak dia jalan-jalan ye..?


Pesakit: Ini selipar la doktor, ini bukan anjing...


Doktor: Syukurlah kamu sudah sembuh.


Doktor pun berlalu meninggalkan si pesakit.


 Si pesakit lalu berbisik pada selipar buruk yang diseretnya, "Ha..ha..ha.., kita berjaya menipu Doktor tu kan Blecky...".

Friday, May 4, 2012

SANTAI MINDA : JEJAKA SEMPURNA

Di salon kecantikan, seorang gadis berkongsi pandangannya tentang jejaka idamannya bersama teman-temannya.


"Jejaka yang ku kawini itu mestilah bersinar apabila berhadapan dengan sesiapa sahaja. Dia mesti pandai bermain muzik dan pandai menyanyi. Dia pandai berjenaka dan disukai ramai. Yang penting, dia mesti selalu berada dirumah!"


Seorang nenek kedengaran perbualan tersebuat dan berkata, "Aduh, senang saja. Beli TV habis cerita!" 

Thursday, May 3, 2012

SANTAI MINDA : SEBAB TAK MAHU KE SEKOLAH

Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.


Ibu: Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.


Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!


Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.


Salim: Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!


Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”


Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.


Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun….. Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH….!!!”

Wednesday, May 2, 2012

SANTAI MINDA : "TAHU SIAPA AKU?"

Seorang lelaki sedang asyik memancing di sebuah kolam. Seseorang mendekatinya.


”Banyak dapat ikan, kawan?” tanya orang itu.


“Wah, luarbiasa sekali! Semalam saja aku mendapat 30 ekor ikan yang besar-besar.”


“Hm, anda tau siapa aku?” 


“Tidak,” jawabnya.


“Aku pemilik kolam ini.”


“Dan anda tau siapa aku?” tanya lelaki itu cepat-cepat.


“Tidak.”


“Aku pembohong besar di kota ini.”

Tuesday, May 1, 2012

SANTAI MINDA : BULAN

Ayah: "Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer…! Apasal hah?"


Anak: "Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan."