Sunday, July 29, 2012

SANTA MINDA : SURAT MOHON KERJA...

Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
5 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor
(Rumah pakcik saya)

Tuan Pengurus Besar Kanan
Malaysia Airlines System
21 Sep 2005

Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no k/p 831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini keranasaya
juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuankenalah ambil saya bekerja disini

1. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABDGHAFAR adalah seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil sayabekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak
susah baiklah ambil saya bekerja disini. Itu saja keotaian saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkankelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.
3. Akademik

Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000 Matapelajaran : (gred), Bahasa Malaysia 6D, Bahasa Inggeris 6D, Sains 7E, Matematik 6D, Pendidikan Islam 5C, Sejarah 7E, Lukisan geometri 7E, Teknologi air-condition 6D, Kerja bengkel 3B

Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK), Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dariInstitut Latihan, Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia ..

4. Pengalaman kerja
¡P Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak
¡P Pembantu mekanik kereta di Dunlo,
p Servitekar di LebohAmpang, Kuala Lumpur (kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu)>
¡P Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka.(pusat serenti)> >

5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untukbekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasagembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranyaditerima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja denganbersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie.

Walaupun saya pernah ponteng skolah danditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihaktuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari sayasahaja.

Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekalitulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amatsangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jikasaya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itutidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula& berakhir dgn baik.

Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerjahidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin. Dah kunjungan orgramai.

Sekian terima kasih.

Yang benar,
(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan 3/4>
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor

Saturday, July 28, 2012

SANTAI MINDA : SURAT WASIAT


Nenek Ani dirawat di rumah sakit. Menurut doktornya, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma.

Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memangilkan seorang Mudhin (tukang do'a) agar di doakan. Sedang asyik Pak Mudhin berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olahtidak boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat meminta pen & kertas. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mudhin. Sambil terus berdoa Pak Mudhin langsung menyimpan kertas tersebut tanpa membacanyakerana pada fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut didepan Ani. 



Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Mudhin diundang untuk datang kerumah Ani. Selesai memimpin do'a, Pak Mudhin berbicara, "Saudara-saudara sekalian, ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasehat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya". 



Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi : 
"Mudhin jangan berdiri di situ...!
Jangan pijak saluran oksigen aku..!"

Friday, July 27, 2012

SANTAI MINDA : TAK MAHU MENANTU

Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya.


Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul berapa sekarang?"


Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapapun kan?


Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja. Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut. Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.


Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?


Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawap, tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra."


Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu. Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun sama-sama. Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu."


Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah…….


"Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya,dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan
menjadi menantu saya," katanya lagi.


Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.


Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama?


Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang, "Masalahnya?, SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI
MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PONG TAKDERRR!"

Thursday, July 26, 2012

SANTAI MINDA : TELUR REBUS

Aku ada cerita ni... lawak la jugak.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahajasebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.


Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu denganmeninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..


Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah.


Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba jekat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,isteri aku tiba-tiba cakap dia ada'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka,Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku puntahan ler...


Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh legarasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satudas lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalahmacam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprisedia ni.


Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni..


Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terusmelopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos akudengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku punjawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!'.

Wednesday, July 25, 2012

SANTAI MINDA : TOK BATIN DAN POLIS TRAFIK

Tersebutlah kisah, apabila seorang Tok Batin di Bukit Iban telah membeli sebuah motosikal terpakai. Seperti biasa motorsikal terpakai tidak mempunyai mud-guard, side-mirror malah plate nombor.

Suatu hari Tok Batin ingin pergi ke Pekan. Dengan semangat yang berkobar-kobar Tok Batin mengunggang motor kapcainya melalui denai yang berbengkang-bengkok. Tiba di pertengahan jalan dia ditahan oleh seorang anak buahnya.

"Tok, tumpang ke Pekan?!"" Boleh, naik di belakang" jawab Tok Batin sambil menunjuk ke belakang.

Sampai di suatu tempat , ada seorang anak buahnya lagi menahan Tok Batin. "Tok, boleh tumpang? Kite nak ke Pekan ni.." "Apa salahnye, naiklah di belakang" Tok Batin mengarah.

Tak lama selepas tu, motosikal pun sampailah ke jalan besar. Ada le kira-kira 5 kilometer lagi baru sampai ke Pekan. Tok Batin pun memecut motosikalnya dengan membawa dua orang anak buahnya itu di belakang.

Hembusan angin yang meniup tiga biji kepala tanpa topi keledar itu membuatkan perjalanan mereka sangat mengasyikkan. Tiba di kilometer 2, sekatan jalanraya sedang diadakan. Seorang polis trafik menghulur tangan menahan mereka.

Tok Batin dengan muka selamba dan tak peduli terus saja memecut motosikalnya dengan bertambah laju melepasi sekatan tersebut. Melihat kesalahan yang dilakukan oleh Tok Batin, polis trafik terus mengejarnya dan dapat memintas. Tok Batin dengan serta merta membrek motosikalnya.

"Oii, ape ni! Nak bunuh orang ke?! Berhenti depan kita macam ni! Tengok belakang kita ade dua orang anak buah kita. Kamu takpa la pakai topi keras, yang kita ni kepala togel, kalau jatuh tak ke kita mati?!" marah Tok Batin.

"Pak Cik, kenapa saya tahan Pak Cik tak berhenti tadi?" tanya polis trafik tu. Lantas Tok Batin menjawab "Oi, tak ade otak ke? Tak nampak Belakang motor kita dah penuh dua orang, mana boleh tumpang lagi!!"

Tuesday, July 24, 2012

SANTAI MINDA : JUAL TELUR

Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak berbual?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

Saturday, July 14, 2012

SANTAI MINDA : ANAK KEMBAR

Kejadian ini berlaku di sebuah hospital bersalin. 


Terdapat 4 orang suami yang sedang menunggu isteri masing-masing bersalin. 


Seketika kemudian, keluar seorang jururawat dan menghampiri lelaki yang pertama. 


Jururawat: Tahniah, anda memdapat anak kembar dua.

Suami 1: Wow... Sedang eloklah tu. Saya bekerja di Menara Berkembar, KLCC. 


Dua ketika kemudian, jururawat tersebut keluar dan menghampiri lelaki yang kedua. 


Jururawat: Tahniah, encik mendapat kembar tiga. 


Suami 2: Menakjubkan kerana saya memang bekerja di TV3. 


Tiga ketika kemudian, jururawat tersebut keluar lagi dan menghampiri lelaki yang ketiga. 


Jururawat: Tahniah, encik mendapat kembar empat. 


Suami 3: Apa? Empat? Oooo.. agaknya sebab sya bekerja di 4 season hotel kot.... 


Kelihatan lelaki yang keempat begitu gelisah. Lalu datang jururawat tersebut. 


Jururawat: Encik.. kenapa begitu gelisah? 


Isteri encik pasti selamat kerana hospital ini merupakan yang terbaik di KL. 


Suami 4:Saya tidak dapat bayangkan bagaimana siksanya isteri saya? 


Jururawat: Kenapa? 


Suami 4: Saya bekerja di Produksi 2020.... 

Friday, July 13, 2012

SANTAI MINDA : UJIKAJI CACING

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai contoh kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..


"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkancacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2. Cacing yang sebelah kanansaya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."


Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu. Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.
"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yangcikgu tunjukkan sebentar tadi??"
Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,


UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...

Thursday, July 12, 2012

SANTAI MINDA : PEMILIK PISAU LIPAT

Suatu hari di tengah hutan.. ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan... Seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu terjumpa dengan sebuah pisau lipat di atas tanah. Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan didalam hutan.. sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan didalam perjalanan akan dihukum.




Lalu pelajar Senior itu dengan mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa yang telah lalai meninggalkan pisau lipatnya.


"Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu..
Tak ada seorang pun yang berani mengaku.. Kemudian pelajar senior itu menambah..


"Ayuh cepat.. mengaku aje la,. lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini.. Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku!"
Masih tidak ada jawaban dari para pelajar lain..


"Kerana tidak ada yang dengan jujur mahu mengakui kesalahannya maka saya akan panggil namanya?!!!"


Pelajar2 masih lagi diam. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi.. lalu diambilnya pisau lipat tadi kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu...


"STAINLESS STEEL cepat keluar...!!!"

Wednesday, July 11, 2012

SANTAI MINDA : RUMAH YANG SALAH?

Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.


" Kenapa ? " lelaki itu bertanya.


Isterinya terhenti sebentar.


Dia merenung lelaki itu lalu berkata,


" Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun, Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "


Lelaki itu berfikir sebentar.


Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.


" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "


MORAL : Haruskah rumah dipersalahkan ?

Tuesday, July 10, 2012

SANTAI MINDA : NEW BABY

Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasadikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira danterus datang kepadanya.

Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?


Mamak : Saya bini juga surat India mari.


Ali : Apa dia cakap? Tentu good news....

Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. Newbaby!Ayo.... saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minumjugak!

Ali : Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?


Mamak : Ya la, saya suda! h tiga tahun tarak balik.


Ali : ?????????????

Monday, July 9, 2012

SANTAI MINDA : NASIB BAIK TAK TERPIJAK

Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yangkecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengahperjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketultaik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandirambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.


Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,"Bentuk macam taik."


Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,"Lembik...macam taik."


Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu diaberkata,"Bau macam taik."


Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia punmengambil keptusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahajadia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...


"MEMANG TAIK!! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"

Sunday, July 8, 2012

SANTAI MINDA : ROMANTIKNYA

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:


Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?


Suami : Kenapa?


Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan ciumisterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntumbunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?


Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"

Saturday, July 7, 2012

SANTAI MINDA : HASHIM DAN ROSLAN

Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan... pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan dirundung rasa malu yang amat sangat.


Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang. Hashim yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan kekedai di kampungnya...


Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. "Hey Hashim..."


Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang... dia segera mengubah penyamarannya.. kali ini sebagai Syeikh Arab....


Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang... Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek.... 


Dalam hatinya berkata..
"


Dia takkan mengenali aku lagi.." 


Tiba-tiba nenek berkata " Hey Hashim"


Kerana kehairanan yang amat sangat... 


"Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?"


Nenek itu menjawab.. "La engkau ni... ini aku la... Roslan!"

Friday, July 6, 2012

SANTAI MINDA : MATAHARI DAN BULAN

Suatu masa dahulu berbincang dua orang sahabat tentang perihal bulan & matahari,


Berkata seorang sahabat itu :


"Bagi aku,dalam banyak-banyak kejadian alam ni, mataharilah yang paling kuat!,


Berkata seorang lagi sahabat:


"Aku kata bulan yang paling kuat",


Jawab sahabat tadi pula:


"Mana boleh, tentu matahari yang kuat sebab cahayanya lebih terang.


Dengan muka selamba berkata sahabat satu lagi 


" Elehh,matahari cuma boleh menerangi siang yang dah sedia terang sedangkan bulan boleh menerangi malam yang gelap gelita !"

Thursday, July 5, 2012

SANTAI MINDA : 3 SAHABAT TIDAK SEJIWA

Ada tiga sahabat, satu kura-kura..satu lagi katak..yang last ulat gonggok. Suatu hari kura-kura mengundang dua temannya kerumahnya buat jamuan kecil-kecilan. So.. mereka bertiga buat le pesta kecil di rumah kura-kura. Setelah asyik borak, makan, minum and lain-lain...


si kodok berkata :


"Eh..dari tadi rasanya ada macam benda yang kurang la..korang perasan tak?....Ha ... patut..la rokok dah abis....... "


Kura-kura: "Iya la..sorryla gua lupa lak standby satu ....beli jer kat warong depan tuh!"


Katak: "apsal aku plak......kau kan tuan rumah"


Kura-kura: "ye la.... tapi bertahun la korang nak menunggu....siapa lagi cepat "


Katak: "so kalau gitu mintak je ulat gongok tolong....


Kura-kura: "Oh iya ya.. ulat gongok tolong gi jap"


Ulat Gonggok: "aiya.....korang ajela"


Katak: "ala ..gi saja la kita orang dah undi kau"


Akhirnya si Ulat gongok pergi juga untuk membeli rokok. 


Si Katak dan Kura-kura menunggu ...... Lima minit menunggu...si Ulat gongok tak tiba juga...10 minit..20 minit...satu jam... dan sampai tiga jam Ulat gongok masih tak timbul-timbul.


Katak: "Ulat gongok pegi mana hah tak sampai-sampai..?"


Kura-kura: Iye la .. risau jugak, jom kita cari!"


Katak: "Jom..!"


Bila jer kura-kura buka pintu...Ulat gongok sudah pun berada di depan pintu.


Kura-kura: "Hah tu pon dia..!"


Katak: "...mana rokoknya..mulut aku dah kering sangat ni..?!"


Ulat Gonggok: "..apa rokok-rokok...aku jalan pon belom..!!"


Katak: " Haah tak bergerak lagi ...jadi dari tadi buat apa...?"


Ulat Gonggok: "Yeeeeeeeeelaaaaa..korang tak nampak ke ni...aku tak abis lagi PAKAI KASUT..!!!!!"

Wednesday, July 4, 2012

SANTAI MINDA : AHLI SARKAS

Seorang Polis menahan sebuah kereta yang didapati memandu dalam keadaan mabuk.


Sedang menulis saman... polis tersebut ternampak banyak pisau di dalam kereta. 


"Pisau itu untuk apa?" tanya Polis dengan curiga.


"Saya ahli sarkas.. dan pisau-pisau itu saya gunakan dalam pertunjukkan" 


"Ok.. buktikan!" perintah polis tersebut.


Lalu pemandu itu mengeluarkan pisau-pisaunya dan mula menunjukkan kebolehannya.


Mula-mula hanya 3 pisau.. kemudian bertambah.. hingga akhirnya 7 pisau sekaligus dilemparkan, ke atas, ke bawah, ke belakang, dan berbagai gaya ditampilkan, membuat Polis terpesona.


Tiba-tiba sebuah kereta lain melalui jalan tersebut... Pemandu kereta kedua tadi terlihat kejadian itu dan tercengang.. kemudian berkata, 


"Takutnya.. Aku mesti berhenti minum! 

Tuesday, July 3, 2012

SANTAI MINDA : CHEWING GUM

Kenapa Chewing Gum Kena Banned Kat Singapore ?


Rasanya ramai yang dah tahu chewing gum is a banned stuff In Singapore. Cakap pasal chewing gum dan Singapore nie.Ada satu cerita,Pm Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam. 


Mula-mula diorang makan udang, PM Singapore tanya Kat raja siam lepas makan udang ,apa orang thailand buat Dengan kulit udang? 


Raja Siam jawab: ?kami tak buat apa.kami buang aje?


PM Singapore: ooo kat Singapore ,kami recycle kulit udang Jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand.Lepas tu diorang makan limau plak.


PM Singapore Tanya lagi ?Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau??


Raja Siam jawab ?kami tak buat apa,kami buang aje? 


PM Singapore: ooo kat Singapore, kami recycle kulit limau jadik Jus limau, lepas tu kami eksport ke Thailand?Last sekali, diorang makan chewing gum.seperti biasa pm Singapore pun tanya, apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan??


Raja Siam jawab : kami tak buat apa, kami! buang aje. 


PM Singapore: ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum, kami recycle Jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand? 


Raja Siam plak Tanya: apa orang singapore buat dengan kondom selepas digunakan??


PM Singapore jawab: kami tak buat apa, kami buang aje.? 


Raja Siam: ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum, Lepas tu kami eksport ke Singapore.


Erk! muka Pm Singapore jadik merah padam dan sebaik saja PM Singapore Balik ke negaranya, dia terus ban chewing gum di Singapore, sampai sekarang! 


Itulah kisahnya, kenapa chewing gum di-ban kat Singapore.

Monday, July 2, 2012

SANTAI MINDA : PEMOTONG KAYU YANG JUJUR

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.


Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi....... Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.


Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.....


Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...


Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...
Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku...


"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali si pari-pari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas ini"...


Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.


Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.


Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.
Selepas kejadian tersebut..... selang bebarapa hari maka sihatlah semua akan isterinya. Seperti biasa mereka berdua pun dapatlah bersama-sama kehutan mencari kayu api...


Namun begitu, pada suatu hari di musim tengkujuh..... turunlah keduanya ke dalam hutan mencari kayu... Dalam perjalanan.... si isteri telah tergelincir lalu terjatuh dan hilang di dalam sungai. Maka menangis lah si tua akan kehilangan isterinya lalu menimbulkan simpati pari-pari di langit.


Lalu bertanyalah si pari-pari perihal kesedihan si tua tersebut... maka diceritakan lah akan kesedihannya kehilangan si isteri...... Lalu tanpa berlengah terjunlah si pari-pari ke dalam sungai...


Selang bebarapa minit timbul lah si pari-pari sambil mendukung siti nurhaliza dan bertanya kepada si tua tersebut. "inikah isterimu?..." Lantas si tua tersebut mengakuinya..
" Ya..ya betul... inilah isteri hamba..."


Mendengarkan pengakuan yang tidak jujur tersebut..maka marahlah si pari-pari... "Pembohong.... ini bukanlah isterimu...aku sump"... belum habis si pari-pari berkata lalu si tua mencelah.


"Sabar...sabar.... ini sebenarnya adalah salah faham.... bukan niat hamba berbuat demikian"... dengan nada sayu si tua meneruskan kata-katanya.


"Hamba khuatir jika hamba tidak mengakuinya..maka tuan hamba akan terjun semula beberapa kali lagi sambil membawa Siti Nurdiana, Maya Karin dan Pamela Anderson...hamba ini hanya lah si tua yang miskin tidak mampu memiliki kesemua mereka ini....."

Sunday, July 1, 2012

SANTAI MINDA : KEK HARI JADI

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya.


"Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.


"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua di bahagian atas, kemudian sambung dengan Sayang cuma bertambah cantik di bahagian bawah," kata lelaki itu. 


Keesokannya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain.


Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu hampir pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:


"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."