Monday, April 30, 2012

SANTAI MINDA : BUTA HURUF

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. 


Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: ” Doktor, selepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?”


 “Dah tentu”, jawab doktor. 


“Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca,” kata lelaki itu dengan riang.

Sunday, April 29, 2012

SANTAI MINDA : "PEACE"

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.


Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?


Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.


Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.


Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?


Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…

Saturday, April 28, 2012

SANTAI MINDA : PEMBURU DENGAN SINGA

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa.


 Terperanjat, dia tak sempat mengangkat senapangnya. 


Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa.


Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”


Singa: “Ya… singa yang baik selalu baca doa sebelum makan, amiiinn…”

Friday, April 27, 2012

SANTAI MINDA : BAGI KURANG PANAS DIA

Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. 


Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. 


Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi,


Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”


Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”

Thursday, April 26, 2012

SANTAI MINDA : TERLUPA

Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak.  Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya. 


Ketika mereka ingin melihat bayi nenek tersebut, nenek itu berkata “Nanti dulu”. 


Beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. 


Tetapi nenek itu tetap berkata “Nanti dulu”. 


Akhirnya mereka bertanya : “Bila kami boleh melihat bayi engkau..?” 


“Bila dia menangis”.


 “Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis?” 


“Sebabnya aku lupa.. dimana aku letak bayiku tadi.”

Thursday, April 19, 2012

SANTAI MINDA : TERLALU PRIHATIN

Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai seorang guru kaunseling di sebuah sekolah.

Dia sangat bersemangat untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu.

Pada masa rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain.

Salwa cuba mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar itu menjawab bahawa keadaannya baik saja.

Mendengar jawapan itu Salwa lalu meninggalkannya.

Beberapa minit kemudian Salwa memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama. Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.

Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh kelembutan...

"Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?"

Pelajar itu menjawab..

"Okey.. boleh saja...!"

Merasa bahawa pendekatannya berhasil Salwa bertanya lagi..

"Kenapa kamu berdiri seorang diri di sini?"

"Kerana ..." jawab pelajar itu dengan penuh kehairanan...

"... Sebenarnya saya adalah penjaga gol!"

Monday, April 2, 2012

SANTAI MINDA : " PAK PANDIR DI MCDONALD"

Suatu hari Pak Pandir yang baru lepas dapat duit raya ingin makan di Mc’Donalds. Bila dia sampai dia tak tahu nak order aper… maklumlah tinggal terpencil di hujung kampung… sedang dia berfikir datang seorang lelaki
lingkungan 30′an ditepinya… Ahmad namanya… Pak Pandir pun merancang untuk meminta seperti apa yang Ahmad minta..


Ahmad : Bagi Big Mac satu..
Pak Pandir: bagi Big Mac satu…
Ahmad: Air…Bagi air coke yer…
Pak Pandir: Air…Bagi air coke yer…
Ahmad pun menjeling pada Pak Pandir… namun Pak Pandir buat tak tahu ajer… 


Ahmad: ooo yer cik..bagi ash-tray satu yer… ( masa tu Mc donalds buleh merokok lagi)
Pak Pandir : ooo yer cik…bagi ash-tray satu yer…


Ahmad mula meradang lalu memarahi Pak Pandir…
Ahmad : hoi…yang kau pesan sama macam aku tu kenapa hah…takder otak ker?


Nak tahu aper Pak Pandir jawab? lebih kurang begini:
Pak Pandir: Aper… kau ingat kau sorang jer ker makan ash-tray?!?


Ahmad yang marah tadi tiba-tiba menggeleng kepala dan terus berlalu dari situ…